Wednesday, October 29, 2008

PENGKHIANAT UMNO?

Kenapa kah UMNO akan hancur dan dihapuskan dari muka bumi ini?

Ini akan hanya dapat dilakukan oleh ahli ahli UMNO sendiri. Tidak ada musuh didunia ini akan dapat melumpuhkan UMNO kecuali ahli ahli UMNO sendiri. Tindak tanduk ahli ahli perwakilan UMNO pada pemilihan UMNO yang akan datang ini akan secara langsong mempamerkan sama ada UMNO akan boleh dipercayai atau tidak.

Sejumlah 191 Bahagian UMNO akan menghantar seramai ( 191 X 13 ) dua ribu dua ratus lapan puloh tiga perwakilan ke perhimpunan akan datang. Perwakilan bahagian ini dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Bahagian yang terdiri dari perwakilan dari Cawangan Cawangan UMNO. Cawangan cawangan UMNO bersidang dan memilih perwakilan kemesyuarat perwakilan bahagian. Di Persidangan Cawangan, pencalonan tidak dijadikan sebagai ajenda persidangan cawangan. Pencalonan jawatan jawatan tinggi UMNO diadakan sebagai satu ajenda didalam mesyuarat perwakilan bahagian.

Selain dari mencalonkan pemimpin pemimpin untuk memimpin UMNO, mesyuarat perwakilan bahagian juga memilih 7 orang perwakilan ke perhimpunan agong UMNO bersama sama dengan enam orang lagi (Ketua UMNO Bahagian, Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Naib Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri).

Maka apabila sesuatu Bahagian telah mencalonkan pemimpin pemimpin nya, menjadi wajib perwakilan bahagian itu mengundi mereka yang telah dicalonkan oleh bahagian nya. Dengan cara ini perwakilan bahagian ke perhimpunan agong telah melaksanakan tanggongjawab yang telah diamanahkan kepada mereka.

Jika 100 bahagian telah mencalonkan seseorang pemimpin, maka pemimpin itu sewajarnya menerima 1.300 undi. Dan jika seseorang pemimpin itu menerima 20 pencalonan maka secara lojik nya dia harus dan wajib menerima 260 undi sahaja. Ini tidak termasuk undi undi dari Majlis Tertinggi, perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri. (Lebih kurang 160 undi lagi).

Tetapi apabila ada perwakilan UMNO yang tidak amanah oleh kerana kepentingan kepentingan lain, maka timbul lah segala masaalah yang dihadapi oleh UMNO sekarang. Apabila perwakilan UMNO mengkhianati kehendak akar umbi UMNO yang diwakili nya dari peringkat cawangan ke peringkat bahagian, maka perjuangan nya sudah mula tidak diberkati kerana mereka telah pecah amanah. Dan pecah amanah ada lah satu jenayah. Apabila jenayah politik ini berleluasa, maka segala amalan buruk saperti politik wang, rasuah jawatan, rasuah peluang kontrak dan perniagaan, rasuah penganugerahan akan berlaku. Secara langsong kredibiliti UMNO akan runtuh dan orang ramai tidak akan mempercayai UMNO sebagai satu pertubuhan yang bersih dan amanah yang boleh di yakini dan di percayai untuk memerintah Malaysia.

Tanggongjawab sebagai perwakilan disetiap peringkat adalah berat. Jika iman mereka tidak kukuh dan mantap maka sudah tentu akan dapat dipengaruhi oleh kepentingan kepentingan yang lain. Dan apabila penyakit ini ujud dalam UMNO, maka harapan diberi kepada mereka yang walau pun mendapat pencalunan yang sedikit, ada peluang untuk memenangi jawatan yang ditanding nya.

UMNO tidak logik lagi, sifir dalam UMNO tidak akan dapat dikira lagi dan oleh kerana itu UMNO akan hancur dan musnah. Apabila pimpinan tidak diberkati maka banyak masaalah akan dihadapi.

Kepada ahli ahli UMNO yang telah sesat, tidak terlambat untuk balek ke pangkal jalan. Jika amanah dari cawangan dan bahagian tidak dapat dilaksanakan dengan baik, bagaimana kah UMNO hendak memikul amanah untuk memerintah negara.

Semua Ahli UMNO boleh menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Parti dan Negara dengan mendapatkan pencalonan dari akar umbi UMNO. Apabila pencalunan telah di buat, mereka perlu akur dengan keputusan itu. Jangan lah mengharapkan untuk membeli undi, mempengaruhi undi dan mula membuat segala amalan yang akhirnya tidak memperkukuhkan UMNO sebagai satu pertubuhan yang disegani dan dihormati dan dimana rakyat boleh bergantung untuk masa depan mereka.

Jangan jadi pengkhianat kepada UMNO!