Rakyat Malaysia pada masa ini sibuk membincangkan tentang masa depan Negara mereka yang tercinta. Apa dah jadi dan bagaimana kah kemelut ini akan dapat diselesaikan? Ini semua berlaku dengan kejutan yang telah terbit dari keputusan Pilihanraya Umum yang baru lalu.
Keputusan untuk mengadakan Pilihanraya Umum diisyhtiharkan pada 13hb Februari, 2008. Ramai rakyat Malaysia tidak berapa minat dengan nombor 13 kerana mereka percaya nombor 13 ini membawa padah (bad luck). Untuk kaum Tionghua, jika dicampur angka satu dan tiga akan memberikan jumlah kepada angka empat. Dalam bahasa Mandarin empat ialah "si". Ee (satu), Err (dua), San (tiga) dan si (empat). Didalam bahasa yang sama "si" membawa erti mati.
Akan berkubur kah Barisan Nasional atau UMNO tidak menjadi relevan lagi? Berpeluang kah pakatan pembangkang memerintah Negara?
Ikuti kupasan penulis dari masa kesemasa dilaman Racun Penawar ini.