Azan subuh membelah sunyi pagi dan burung-burung mula berkicauan. Di taman hadapan nyonya-nyonya mula melaksanakan senaman-senaman mereka. Ada jiran-jiran yang mula berjogging. Kegelapan malam perlahan –lahan bertukar menjadi terang dari pancaran matahari pagi. Tepat jam 7.00 pagi Limo KLIA telah bersedia di luar untuk membawa saya ke LCCT, Sepang.
Kita beredar dari rumah jam 7.25 pagi dan sampai di LCCT pada jam 8.15 pagi. Di sepanjang perjalanan orang ramai sedang sibuk memandu untuk pergi ke tempat kerja masing-masing. Tambang Limo ialah RM69.90. Oleh kerana di rumah tadi hanya kena secawan teh maka di LCCT kita pun ke McDonald’s untuk secawan kopi dan semangkuk bubur (RM3.40 + RM3.90).
Penerbangan ke Kota Kinabalu AK5104 dijadualkan berlepas pada jam 9.30pagi tetapi oleh kerana pesawat menghadapi masalah teknikal jadual penerbangan telah di tunda ke jam 9.50 pagi. Kapal terbang A323.200 nampaknya baru dan agak selesa juga untuk penerbangan murah.
Setelah satu jam penerbangan lebih kurang jam 11.00pagi, pramugara dan pramugari pun membawa jualan makanan. Saya memesan secawan MILO dan satu mee kari maggi. Perlu bayar RM 10.00
Kami sampai di lapangan terbang Kota Kinabalu pada jam 12.50 tengahari dan di sambut di airport oleh saudara Baharin.
Dari airport saya terus ke King’s Park Hotel dengan kenderaan yang dipandu oleh Sdra Baharin, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Kinabalu, di tengah bandar Kota Kinabalu. Hotel ini juga baru dan telah beroperasi lebih kurang setahun. Harga biliknya pun berpatutan dan berharga RM158 nett untuk semalam termasuk sarapan pagi.
Keseluruhan petang telah digunakan untuk mengeratkan silaturrahim saya dengan teman teman seperjuangan yang dah agak lama tidak bersua. Dari keadaan politik semasa sehingga lah masaalah dunia telah dikupas dan dibincang. Sempat juga bertanya khabar kawan dan rakan yang dah lama tidak berjumpa. Apakah keadaan mereka dan apa khabar keluarga mereka?
Pada sebelah malamnya saya memanggil teksi dan pergi dari Kings Park ke Sutera Magellan (RM15.00) untuk menghadhiri majlis perkahwinan anak rakan seperjuangan Datuk Mohd Lan Ilani. Anak perempuan beliau Mazlianie seorang peguam telah berkahwin dengan Mohd Ridhuan, seorang graduan dari Mutilmedia University yang juga telah lulus sebagai juruterbang yang bekerja dengan MAS sekarang. Sunggoh hebat majlis itu, makanan nya sedap sedap berlaka, kami dihidangkan dengan Nasi Beriayani Ayam, Nasi Beriayani Kambing dan juga nasi putih. TYT Yang DiPertua Negeri Sabah dan YAB Ketua Menteri serta pembesar pembesar Negeri di Sabah turut meraikan mempelai. Disitu terjumpa lah saya ramai lagi kawan kawan diSabah yang sekarang ini menjawat jawatan jawatan penting dalam Kerajaan Negeri sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan Pegawai Pegawai Badan Berkanun. Berjumpa juga dengan pesara pesara saperti bekas Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Ghani.
Selesai majlis saya berteksi balek ke Kings Park (RM 10.00) murah lima ringgit dari tambang apabila saya kesana.
Oleh kerana keletihan yang amat sangat, saya tidor mati malam itu diNegeri Angin dibawah Bayu.
Mata hari terbit begitu awal diSabah. Pada pagi nya rakan lama saya semasa di UiTM dahulu yang perupakan seorang usahawan yang berjaya diSabah membawa saya untuk bersarapan di One One Restoran. Disitu kami makan Perut Ikan, Ekor Ikan, Kepala Ikan dan mee hun didalam sup Kena dengan teh bunga dan beberapa keping ikan kurau, ia merupakan sarapan yang sangat sedap dan menarik. Salepas itu saya dibawa melawat projek projek beliau dipersekitaran Kota Kinabalu.
Pada tengaharinya kami makan satu satu nya restoran Nasi Padang yang ada di Sabah di Jesselton Point. Disitu saya bertembong dengan Setiausaha Persatuan Golf Melayu Sabah, Sdra Khalid. Lebih kurang jam 12-45 petang saya bertolak ke Terminal 2 Kota Kinabalu International Airport untuk menaikki pesawat AK 5107 balek ke Kuala Lumpur. Pesawat bertolak jam 2-05 petang dan mendarat di LCCT Sepang pada jam 4-35 petang.
Dari LCCT saya menaikki LCCT-KL Sentral Express Bas (bayaran yang dikenakan RM 8.00). Bertolak jam 5-00 petang sampai di KL Sentral jam 6-00 petang. Dari situ saya menaikki teksi untuk balek kerumah (RM 25.00).
Syukur alhamdullilah saya selamat pergi dan selamat balek.
Dari kunjungan dua hari saya ke Sabah ada dua perkara yang saya telah dapat pungut.
Satu ialah apa makna nya MAHATHIR.
M (must) A (always) H (hentam) A (abdullah badawi) T (till) H (he) I(is) R (removed).
Dan keduanya, walau pun Pak Lah telah mengumumkan peruntukkan satu billion untuk pembangunan di Sabah, ramai pemimpin diSabah inginkan Pak Lah melakukan serahan kuasa pucuk pimpinan Negara dan Parti dengan seberapa segera. Sabah merupakan kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional, jika mesej ini tak diterima dengan betul, UMNO dan Barisan Nasional akan menyesal kelak.