Monday, June 2, 2008
Walaupun lewat tetapi tidak terlambat
Syukur Alhamdullilah, akhirnya UMNO telah insaf dan sedar dan akan mengadakan satu sessi perbincangan khusus untuk membincangkan hal ehwal parti. Sepatutnya "immediately" salepas Pilihanraya Umum dahulu, MKT patut sudah berbincang, mengadakan post mortem nya dan mengorak langkah untuk menyelesaikan masaalah yang berdepan dengan UMNO. Perhubungan Negeri Perak lambat bertindak untuk "salvage" pemerintahan Barisan Nasional di Perak Darul Reduan, perlantikan Menteri Besar Perlis dan juga perlantikan Menteri Besar Trengganu menghadapi masaalah yang sepatutnya tidak timbul langsung jika keputusan keputusan yang hendak dibuat dikaji dengan rapi dan mematuhi kehendak peraturan dan perlembagaan Negeri mahu pun Negara. Penyelarasan pucuk pimpinan Perhubungan Negeri perlu dilaksana segera supaya Parti dan Kerajaan diNegeri akan dapat bergerak seiring dan sejalan. Bak pepatah melayu "kalau pelita dua sumbu mana minyak yang akan tahan dan kalau satu kampong dua penghulu mana anak buah yang akan tahan". Sesungguh nya ini adalah antara issue issue yang telah menghantui UMNO salepas Pilihanraya lepas. These are only the tip of the iceberg. UMNO menghadapi banyak masaalah sebelum Pilihantaya lagi. Masaalah masaalah ini perlu dibincangkan dan dicari penyelesaian sebelum issue issue Pilihanraya Umum dikupas.